11 ‘scammer’ dicekup

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 2 Jun – Seramai 11 individu termasuk tiga gadis dicekup selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan atas talian apabila premis kegiatan mereka di Taman Cheng Perdana, di sini, semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, tangkapan keatas suspek dibuat selepas pihaknya menerima laporan dibuat seorang lelaki yang mendakwa dirinya dipukul dan disamun sekumpulan lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan atas talian.

“Hasil siasatan lanjut, kemudian membawa kepada serbuan di sebuah premis dan berjaya menahan 11 individu.

“Selain tangkapan turut dirampas adalah barangan termasuk 39 telefon bimbit, sembilan kad bank dan satu buku nota yang disyaki diguna untuk menjalankan kegiatan penipuan atas talian,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mendapati kesemua suspek tinggal dirumah terbabit bagi menjalankan aktiviti penipuan atas talian.

Menurut beliau, pihak polis turut menerima 12 laporan polis berhubung aktiviti penipuan dilakukan kumpulan ini membabitkan kerugian lebih RM65,000.

“Mereka ini dikatakan sudah aktif sejak setahun lalu namun baru menyewa disitu hampir sebulan lalu dengan kadar sewa berjumlah RM4,000 sebulan.

“Kesemua mereka kini direman empat hari sehingga 5 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, seorang suspek lelaki yang berusia 25 tahun turut disiasat dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana cuba merasuah polis.

“Suspek yang dikenali sebagai Ah Boy cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM60,000 kepada pihak polis sebagai balasan untuk melepaskan dirinya dan rakan-rakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2583
Kongsi :
Previous post Dr. Husaini dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM berkuatkuasa 1 Jun
Next post Harga ‘runtuh’, durian kayangan jadi buruan
Ubah saiz-+=