Harga ‘runtuh’, durian kayangan jadi buruan

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER MOLEK 2 Jun – Harga semasa yang murah menyebabkan durian kayangan seperti musang king, ioi dan udang merah, kini menjadi buruan ramai peminat raja buah itu.

Peniaga Mohd Aiman Nasri, 23, berkata, lambakan bekalan dalam pasaran menyebabkan harga durian berkenaan turun sekali ganda atau 30 peratus lebih murah berbanding biasa.

Katanya meskipun berlaku lambakan, situasi itu dianggap sebagai satu rahmat baginya dan peniaga durian lain berikutan jumlah pelanggan yang datang meningkat khusus setiap hujung minggu.

“Ramai yang datang bertanyakan durian jenis musang king, ioi dan udang merah yang kini ditawarkan RM20 satu kilogram (kg) berbanding RM35 satu kg sebelum ini.

“Berbanding tahun lalu, saya jual durian selama 90 hari sahaja, tetapi kali ini saya jangkakan sehingga lima bulan. Musim durian 2023 dijangka lebih panjang,” katanya ketika ditemui di gerainya di Bukit Lintang, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-06-02 at 4.34.26 PM
DURIAN D13 juga antara durian yang sering dicari peminat raja buah.

Berikutan permintaan yang tinggi setiap hari Mohd Aiman boleh menjual sekitar dua tan durian setiap hari.

Dia juga tidak berani menjual durian pada harga lebih tinggi kerana perlu bersaing dengan pengusaha lain sekitar Negeri Melaka.

Nada sama turut disuarakan seorang lagi peniaga, Baharin Ahmad, 63, bersetuju lambakan bekalan di pasaran menyebabkan harga durian menjadi lebih murah.

Baharin berkata, akibat cuaca tidak menentu banyak buah di kebun sekitar Pahang dan Johor, luruh serentak dalam jumlah yang banyak.

“Sebelum ini saya jual jenis tertentu sahaja, tetapi sekarang semua durian saya bawa ke Melaka kerana ramai yang minta, alhamdulillah semuanya habis dijual.

“Harga yang ditawarkan pada pasaran semasa tidak sama setiap hari, namun boleh didapati serendah RM3 hingga RM10 satu kg untuk durian kampung dan kahwin.

“Manakala musang king, kanghai, kasap, ioi dan udang merah turut dijual murah mengikut jenis durian,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-02 at 4.27.37 PM
MOHD Aiman menunjukkan durian nanas yang turut mendapat permintaan tinggi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9627
Kongsi :
Previous post 11 ‘scammer’ dicekup
Next post Nyalas perlukan gimnasium angkat berat
Ubah saiz-+=