Sorting by

×

113 Aquathlon Melaka bakal diadakan tiga kali setahun

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PANTAI KUNDOR 29 Mac – Penganjuran program rekreasi 113 Aquathlon Melaka 2022 bakal diadakan tiga kali setahun berikutan sambutan luar biasa terutama membabitkan pelancong asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata kekerapan pelaksanaan program itu akan diputuskan penganjur Eventure Global dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.

Menurutnya perkara itu berdasarkan sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan dan luar negara pada program yang diadakan pada 27 Mac lalu.

Katanya, sebelum ini program berkenaan diadakan dua kali setahun dengan salah satu lokasi penganjuran adalah di Pantai Puteri.

“Di peringkat JAPERUN, kita amat mengalu-alukan program seumpama itu kerana ia mampu menaikkan nama Pantai Puteri dalam kalangan pelancong asing.

“Penganjuran program itu juga sekali membantu menjana ekonomi tempatan bukan sahaja peniaga di Melaka malah meningkatkan pendapatan peniaga kecil di Pantai Puteri yang sebelum ini terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Tuminah merasmikan 113 Aquathlon Melaka 2022 di Pentas Budaya Pantai Puteri yang membabitkan seramai 300 peserta dalam dan luar negara.

Acara itu adalah salah satu program pelancongan di Melaka melibatkan disiplin berlari dan berenang dengan lima kategori dipertandingkan iaitu kategori Junior, Youth, Open, Veteran dan Relay.

“Istimewanya program kali ini adalah penyertaan paling tinggi membabitkan pelancong luar negeri yang kini menetap di Malaysia.

“Saya sendiri sempat beramah-mesra dengan peserta berasal dari Uzbekistan yang mengambil bahagian bersama empat lagi ahli keluarga lain,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1549
Kongsi :
Previous post KKM syor kanak-kanak segera divaksin sebelum 1 April – Dr Noor Azmi
Next post Gagal lapor suapan, pembantu penguat kuasa KPDNHEP didenda RM2,000
Ubah saiz-+=