1,249 penerima bantuan bulanan JKM beralih ke bantuan tanpa tunai
SERI NEGERI 26 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka merekodkan seramai 1,249 penerima bantuan tanpa tunai (cashless) sejak Mac 2021 hingga Jun 2022 lalu.
Exco Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata bantuan itu bagi mengurangkan penggunaan bantuan secara tunai yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
“Bantuan ‘cashless’ ini adalah satu program yang baik bagi mewujudkan masyarakat pintar berasaskan platform ekonomi digital.
“Jadi dengan adanya ‘cashless’ ini ianya dapat mengurangkan penggunaan secara tunai di tangan penerima JKM itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hari kedua Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Dewan Undangan Negeri Seri Negeri, 26 Julai lalu.
Dalam pada itu, Kalsom berkata setakat ini sebanyak 70 premis telah dilantik dan diluluskan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi menyalurkan bantuan tanpa tunai.
“Pihak BIMB akan mempergiatkan lagi penambahan bilangan premis di seluruh Melaka bagi memudahkan urusan pemberian bantuan kebajikan itu.
“Setakat ini sebanyak 50 premis di daerah Melaka Tengah telah dilantik, diikuti Alor Gajah sembilan premis dan Jasin sebanyak 11 premis,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENGISPIRASIKAN MASA DEPAN MELALUI PENDIDIKAN: JT INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA MENCETUS PERUBAHAN
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Formula pendidikan digunakan JT International School Melaka (JT), bukan sekadar untuk melahirkan anak-anak yang pintar,...
50 TAHUN RESTORAN HABEEB SULTAN, TERUS PIKAT HATI PELANGGAN
BUKIT BARU 12 Disember - Menginjak 50 tahun usia penubuhannya, Restoran Habeeb Sultan terus menjadi pilihan ramai dengan aneka juadah...
SKSPS BERI BANYAK FAEDAH KEPADA PENCARUM
MERLIMAU 12 Disember - Dianggarkan cuma 15,000 individu di seluruh Negeri Melaka yang bekerja sendiri tampil mencarum menerusi Skim Keselamatan...
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...