PKNM dikenali sebagai MCorp

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, bersetuju meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (Pindaan) 2022.

Terdahulu, Rang Undang-Undang yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali itu dibahas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ia diluluskan selepas 19 ADUN menyokong, tujuh tidak menyokong dan dua tidak hadir.

Sulaiman dalam pembentangannya berkata, sebanyak lapan fasal enakmen dicadangkan untuk dipinda.

Katanya, ia termasuklah meminda perkataan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka kepada Perbadanan Melaka (Melaka Corporation) atau nama komersialnya MCorp.

Selain itu, turut dipinda ialah perkataan Gabnor dan Yang Di-Pertua Negeri dalam mesyuarat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan perkataan Pengurus Besar kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

Pada masa sama, pindaan itu juga membabitkan penambahan tugas-tugas dan kuasa-kuasa PKNM dengan menambah aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuk tetapi tidak terhad kepada maritim dan perkapalan, minyak dan gas, tenaga, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi maklumat di bawah pelaksanaan tugas-tugas dan kuasa Perbadanan.

“Saya percaya bahawa projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh PKNM
akan meliputi seluruh kawasan di negeri Melaka.

“Saya juga percaya bahawa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh PKNM akan menggandakan peluang pekerja bagi penduduk tempatan selain meningkatkan ekonomi negeri Melaka selari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ
2035) di bawah Flagship kedua, iaitu Melaka Negeri Usahawan (Pembangunan Perindustrian dan PKS),” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2602
Kongsi :
Previous post 1,249 penerima bantuan bulanan JKM beralih ke bantuan tanpa tunai
Next post Kes cuai khatan: Permohonan kerajaan, empat pihak tangguh bayaran ganti rugi ditolak
Ubah saiz-+=