Sorting by

×

ANGKAT MACHAP JAYA JADI KORIDOR PENDIDIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MACHAP JAYA 19 Mei – Antara legasi yang mahu ditinggalkan figura bernama Datuk Ngwe Hee Sem ini adalah untuk menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai sebuah koridor pendidikan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya itu berkata, usaha itu adalah bertujuan memperkasa pendidikan di kawasan luar bandar, selain ia juga merupakan antara hasrat yang pernah dibawa pemimpin terdahulu untuk membangunkan kawasan Alor Gajah.

Jelas beliau, dengan adanya lebih banyak institusi pendidikan baik sekolah mahupun pengajian tinggi, ia secara tidak langsung dapat memacu pertumbuhan dan kemajuan di kawasan tersebut.

“Sebelum ini memang ada usaha menjadikan Alor Gajah sebagai koridor pendidikan, namun usaha itu terhenti dan tidak berjaya.

“Jadi, saya mahu membawanya semula di Machap Jaya kerana saya percaya dengan adanya lebih banyak institusi pendudukan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup anak muda, tetapi juga dapat membangunkan kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini dalam wawancara khas sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya.

Justeru, Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berharap sekiranya ada institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta akan dibangunkan di Melaka, DUN Machap Jaya dapat dipertimbangkan sebagai lokasinya.

Malah beliau percaya usaha itu amat bertepatan dengan visinya memandangkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah yang baharu telah dibangunkan di kawasan Machap Jaya dan kini telah beroperasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post KPM SASAR 800 ‘AI POWERED CLASSROOM’ MENJELANG AKHIR 2027