1,365 graduan enam kolej komuniti di Melaka terima sijil dan diploma

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

MERLIMAU 19 Mac – Seramai 1,365 graduan dari enam kolej komuniti seluruh negeri menerima sijil dan diploma pelbagai kursus bagi sesi pengajian 2019 dan 2020 dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2022, hari ini.

Majlis konvokesyen itu disempurnakan EXCO Pembangunan Belia, VP Shanmugam diadakan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.

Shanmugam berkata, daripada keseluruhan graduan yang diraikan ia membabitkan sebanyak 14 program sijil dan dua program diploma daripada Kolej Komuniti Bukit Beruang, Jasin, Masjid Tanah, Selandar, Kota Melaka dan Tangga Batu.

Graduan yang hadir sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2022. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya, dalam konvokesyen diadakan itu sebanyak 21 graduan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam dan aktif melibatkan diri dalam akvtiviti kokurikulum.

“Pada Majlis Konvokesyen yang diadakan ini saya begitu kagum dengan kebolehan pelajar kolej komuniti di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang sekali gus menunjukkan dengan pendidikan mampu membaik pulih sistem tenaga kerja di negara ini.

‘Peranan kolej komuniti begitu penting kepada masyarakat sebagai medium gerbang ilmu tanpa perbatasan di mana kolej komuniti dibuka buat individu yang tidak bekesempatan meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

“Bagi graduan yang cemerlang kolej ini juga menjadi perantara kepada politeknik untuk mereka meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi malah sekiranya berjaya ia membolehkan pelajar menduduki ke peringkat universiti seperti mana yang disediakan kerajaan mahupun pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2022, di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Muhamad Rumzi Mamat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perancnagan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Muhamad Rumzi Mamat.

Sementara itu, Muhamad Rumzi berkata, pihaknya komited menjadikan kolej itu sebagai medan gerbang ilmu buat seluruh rakyat di negeri ini bagi memperkasakan sistem pendidikan terutama dalam kalangan belia.

Katanya, kolej komuniti kini bersedia menjadi ‘feeder’ dalam membekal tenaga kerja dan sentiasa bekerjasama dengan pemain industri.

“Malah kita juga menekankan sebagai sebuah kolej yang mampu menghasilkan sebuah platfrom ‘job creator’ menerusi bidang keusahawanan selain platform ‘job seeker’ dalam industri.

“Menerusi usaha ini ia sekali gus membantu dalam membuka pekerjaan baharu kepada industri yang terlibat khususnya keusahawanan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2575
Kongsi :
Previous post Dakwa PAS tiada ‘nafsu’ perkukuh MN, perwakilan mahu kerjasama dikaji semula
Next post Sistem pendidikan perlu menuju ke arah pendigitalan selari keperluan industri
Ubah saiz-+=