
1,395 graduan Kolej Komuniti Melaka diraikan esok
JASIN 18 Mac – Kolej Komuniti Negeri Melaka bakal meraikan seramai 1,395 graduan pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2022.
Majlis itu diadakan selama dua hari di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bermula 19 hingga 20 Mac bagi meraikan graduan tahun 2019 dan 2020.
Sebelum ini istiadat itu ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh EXCO Pendidikan Datuk Rais Yasin yang juga akan menyampaikan skrol kepada graduan pada sidang pertama majlis berkenaan.
Turut hadir daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ialah Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Mohamad Amin Hamat; Pengarah Bahagian Perancangan Program & Institusi, Muhamad Rumzi Mamat; Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan, Abdul Razak Sabtu dan lain-lain.
Kolej Komuniti Melaka dianggotai enam insitusi pengajian tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Tangga Batu dan Kolej Kota Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
