1,429 graduan PMM terima diploma

Masa Membaca:57 Saat

MERLIMAU 4 Disember – Seramai 1,429 graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma pada Majlis Konvokesyen  PMM ke-20 di sini hari ini.

Istiadat konvokesyen diadakan di Dewan Platinum selama dua hari bermula pada semalam menerusi empat sidang.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata daripada jumlah terbabit, mengikut pecahan, istiadat konvokesyen itu melibatkan lima jurusan.

“Seramai 281 graduan daripada Kejuruteraan Elektrik; Jabatan Perdagangan (279) dan Kejuruteraan Awam (278).

“Manakala seramai 254 graduan daripada Kejuruteraan Mekanikal dan 337 graduan daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Datuk  Iskandar Hussein Mohamed Hussein dan Pengerusi POLYCC Zon Melaka dan Negeri Sembilan, Dr IshakMohamad.

E428C8B6-F607-4A21-B4AA-BB009987E45E
ANTARA graduan PMM yang menerima diploma masing-masing hari ini.

Dalam istiadat konvokesyen sidang ketiga hari ini, turut disampaikan Anugerah Khas Pengarah yang dirangkul graduan Diploma Akauntan, Muhammad Azrul Sazali.

Turut menerima Anugerah Khas Kejuruteraan Mekanikal yang dirangkul oleh Nurul Ain Hanis Hasniza dan Anugerah Khas Jabatan Perdagangan, Muhammad Faiz Saifuddin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2523
Kongsi :
Previous post Kadar kitar semula meningkat 33.17 peratus
Next post Infrastruktur SRA JAIM di Rim dinilai semula – Khaidhirah
Ubah saiz-+=