
160 kucing, anjing dikembiri
KOTA LAKSAMANA 12 Jan – Sebanyak 140 ekor kucing dan 20 ekor anjing telah dikembiri pada Program Kesedaran Kembiri 2022 di Taman Kota Laksamana pada 8 dan 9 Jan lalu.
Program anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Pertubuhan Noah’s Ark Natural Animal Shelter (NANAS) itu bukan hanya menyasarkan kepada haiwan peliharaan, bahkan turut mengembiri haiwan liar.
Program itu hanya mengenakan bayaran serendah RM50 bagi kucing dan RM100 bagi anjing liar dan anjing peliharaan jantan serta RM150 bagi anjing betina.
Menariknya, program itu turut memberi perkhidmatan kembiri dan rawatan percuma kepada kucing dan anjing milik orang kurang upaya (OKU) dan pemilik kurang berkemampuan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
