295448258_615290696824071_1492115098602604142_n

17 sekolah terima sumbangan komputer riba

KLEBANG 1 Ogos – Sebanyak 19 komputer riba disumbangkan kepada 17 buah sekolah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, baru-baru ini.

Sumbangan itu diberikan Halal Development Corporation Berhad (HDC), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat perbadanan itu bagi tujuan pembangunan pelajar di sekolah berkenaan.

“Sekolah yang menerima sumbangan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai, SMK Klebang Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Rambai, SK Bukit Rambai dan SK Klebang Besar.

“Turut menerima sumbangan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Lih Jen, SJKC Ying Chye dan SJKC Ek Te.

“Sumbangan itu turut membabitkan Sekolah Rendah Arab Batang Tiga Timur, Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Gadong, SRA Kampung Pinang, SRA Taman Bukit Rambai, SRA Taman Bukit Rambai 2, SRA Bukit Rambai SRA Batang Tiga, Ma’had Tahfiz Kasyful Ulum, Bukit Rambai dan Darul Ulum Al Islamiyyah, Pulau Gadong,” katanya.

Ban Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang berkata, simbolik penyerahan sumbangan itu telah diadakan di Kompleks Japerun Klebang, 26 Julai lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari, Pengurus Kanan PKNM Melaka Hairulzamani Othman dan pemimpin setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

83
photo1659281621 Previous post Dana RM1 juta digunakan sebaiknya – Pesaka
IMG_20220801_220246_381 Next post Melaka tambah peruntukan untuk pembangunan sekolah – KM