184 VETERAN BERENTAP MAIN KAROM, BOLING

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 8 September – Seramai 184 peserta ‘beradu kekuatan’ pada Kejohanan Master Sports yang mempertandingkan sukan karom dan tenpin bowling.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, kejohanan yang berlangsung pada Sabtu itu membabitkan penyertaan daripada golongan veteran dan mereka yang berumur 40 keatas.

“Penyertaan kejohanan ini terbuka kepada wanita dan lelaki malah saya turut dimaklumkan ia bukan hanya disertai komuniti setempat tetapi juga membabitkan wakil daripada 30 buah agensi Kerajaan Negeri serta persekutuan.

“Penyertaan amat menggalakkan apabila untuk sukan karom terdapat sebanyak 128 penyertaan yang dibahagikan kepada 64 kumpulan, manakala tenpin bowling pula disertai 56 peserta.

“Ini menunjukkan kerajaan menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) sentiasa komited dalam usaha memperkasakan aktiviti sukan yang membabitkan pelbagai lapisan peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Kejohanan Master Sports Peringkat Negeri Melaka 2024 yang turut dihadiri Pengarah JBS negeri, Mohamad Mazlan Anis, di sini, semalam.

Shanmugam berkata, kejohanan yang berlangsung itu antaranya bertujuan menjadi ‘build up’ program menjelang sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka pada Oktober depan.

“Sokongan dan penyertaan yang diberikan oleh semua pihak bukan sahaja untuk kejohanan ini, malah mereka ini boleh menjadi ejen dalam menyampaikan semangat sambutan HSN 2024.

“Malah majlis ini juga adalah sebahagian daripada ruang dan peluang yang disediakan untuk menyampaikan pesanan serta hasrat kerajaan kepada penggiat sukan yang mewakili agensi masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

73
Kongsi :
Previous post ORANG KAMPUNG RASA DEKAT DENGAN PEMIMPIN
Next post HENTI BUDAYA BEDUNG BAYI ASUHAN
Ubah saiz-+=