
200 ANAK-ANAK BANDARAYA MELAKA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN MBMB
PAYA RUMPUT 8 Februari – Seramai 200 warga Bandaraya Melaka menerima sumbangan persekolahan menerusi Program Jom Ke Sekolah Tahun 2025.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, penerima terdiri daripada penduduk di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Katanya, program tersebut bertujuan memberi sokongan kepada anak-anak warga bandaraya bagi memulakan persekolahan di samping meringankan beban ibu bapa.
“Matlamat program ini untuk memberi sokongan dari aspek moral dan kewangan serta menjadikan MBMB sebagai peneraju dalam penyampaian perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.
“Diharapkan dengan pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan bebanan ibu bapa dan penjaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Program Jom Ke Sekolah Tahun 2025 di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.
Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Mustafa Muhammad Baboo dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
