200 unit pangsapuri mampu milik di Kuala Sungai Baru

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LINGGI 28 November – Kira-kira 200 unit pangsapuri dijual pada harga mampu milik bagi membantu golongan B40 mendapatkan rumah sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, rumah yang dijual pada harga bermula RM90,000 hingga RM108,000 itu dibangunkan berhampiran Universiti Melaka (UniMel) di Kuala Sungai Baru oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

Katanya, pangsapuri itu merupakan bekas kediaman pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang telah dibaik pulih dan kini berwajah baharu.

“Kira-kira 200 unit rumah ini dijual pada harga yang murah dengan keluasan yang agak besar iaitu 670-690 hingga 770-790 kaki persegi.

“Terdapat tiga bilik dan dua bilik air dan ia mampu dimiliki golongan B40 mahupun M40 di kawasan ini.

“Ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

56C7546C-3C73-45EC-8C94-22F7B673EA10
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Rosli berkata, permohonan bagi mendapatkan rumah itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login.

Katanya, mereka yang berminat juga boleh datang ke Kompleks Japerun Kuala Linggi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai unit yang dijual.

“Namun, kita berharap keutamaan akan diberikan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5562
Kongsi :
Previous post Warga emas hilang, keluar rumah sejak seminggu lalu
Next post Tiada aduan bekalan telur terjejas di Melaka – KPDNHEP
Ubah saiz-+=