201 terima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sesi terakhir

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 27 Ogos – Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-73 Tahun 2022 bagi sesi ketiga dimulakan, sebentar tadi.

Sesi terakhir yang bermula jam 2.50 petang tadi dimulakan dengan penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada lapan penerima antaranya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Wira Dr Aria Putera Ismail.

Seterusnya, seramai tiga penerima bagi Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk dan antara penerima darjah ini adalah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak.

Ia disusuli dengan 52 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran yang mana antara penerimanya ialah Datuk Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Datuk Ariff Farhan Doss.

Seramai 11 individu dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M), diikuti 10 penerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) dan 35 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pula diberikan kepada 82 penerima, manakala 51 individu menerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6249
Kongsi :
Previous post Melaka mampu capai sasaran terima pelaburan RM5 bilion – MIDA
Next post Cicak ekor monyet, ‘Godzilla’ jadi tarikan
Ubah saiz-+=