‘2022 tutup buku’: Imbasan Jun 2022

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

1 Jun 2022

Setengah juta pelancong asing masuk Malaysia dalam dua bulan

MELAKA – Kira-kira 500,000 pelancong asing masuk ke Malaysia selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka sebaik negara memasuki fasa peralihan endamik pada 1 April lalu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J berkata, angka tersebut dijangka terus meningkat selepas jumlah penerbangan antarabangsa dijangka meningkat 300 peratus selepas ini.

4 Jun 2022

Harga rumah di Melaka kekal terendah

MELAKA – Harga rumah di Melaka kekal terendah dalam negara menurut data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata purata harga rumah di Melaka ialah RM 209,472, yang mana ia jauh lebih rendah berbanding peringkat nasional pada harga purata RM 432,445.

jun (harga rumah)
Harga rumah di Melaka kekal terendah.

5 Jun 2022

Kejayaan vaksin bantu lonjak ekonomi Melaka

MELAKA – Pembukaan sektor ekonomi di Melaka yang kembali rancak selepas pandemik COVID-19 bukti kejayaan dan keberkesanan suntikan vaksin.
Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Melaka menjadi negeri yang amat berjaya dalam pemberian suntuikan vaksin termasuklah menjadi negeri teratas daripada 14 negeri dalam pemberian suntukan dos penggalak.

27 Jun 2022

BKM: Bantuan cecah RM8 bilion, tertinggi dalam sejarah – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata mantan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kenyataan, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

911
Kongsi :
Previous post Wanita lebih handal memancing ikan
Next post 2023 tahun ‘merakyatkan’ MBMB
Ubah saiz-+=