22 pekerja kilang positif cetus kluster baharu

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 18 Julai – Seramai 22 individu disahkan positif COVID-19 hari ini yang menyumbang kepada penambahan kluster baharu iaitu Kluster Industri Jalan Usaha 12.

Menurut Jabatan Kesihatan negeri kes itu direkodkan selepas membuat saringan bersasar terhadap 132 individu.

“Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja sebuah kilang di Jalan Usaha 12 Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka Tengah.

“Kilang tersebut telahpun diarahkan tutup sehingga 29 Julai ini bagi kerja-kerja sanitasi dan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, sebanyak 289 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini, membabit 282 kes jangkitan tempatan, enam kes import dan satu kes banduan.

“Bagi pecahan kes itu, sebanyak 154 kes di daerah Melaka Tengah, daerah Jasin 52 kes dan daerah Alor Gajah 83 kes.

“Pertambahan kes positif itu menjadikan sebanyak 4,337 kes sedang dirawat, 97 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 30 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Menurut kenyataan itu terdapat lima punca yang menyumbang kepada pertambahan 289 kes jangkitan COVID-19 hari ini.

“Sebanyak 58 kes melibatkan kluster kilang yang mana 42 daripadanya adalah pekerja kilang, 13 kontak keluarga dan tiga kontak sosial.

“Diikuti 130 kes lagi daripada kontak keluarga, satu kes dari institusi penjara, 23 kes kontak tempat kerja bukan kilang dan 31 kes saringan bergejala dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

322
Kongsi :
Previous post Pengawalseliaan BNM tidak jejas hak terhadap TH
Next post 4,839 kenderaan diarah patah balik pada Jumaat
Ubah saiz-+=