
220 masjid, 846 surau jalankan ibadah korban
BUKIT PALAH 23 Jun – Sebanyak 220 masjid dan 846 surau seluruh Negeri Melaka akan menjalankan ibadah korban tahun ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, ibadah korban tahun ini akan melibatkan lebih 1,600 ekor lembu, empat kerbau dan 125 kambing.
“Setakat ini kesemua jumlah haiwan akan dikorbankan adalah mengikut data diterima daripada masjid dan surau seluruh Negeri Melaka.
“Saya yakin jumlah ini akan meningkat berikutan ibadah korban dilaksanakan oleh individu tidak dimaklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Rahmad berkata, jumlah ternakan berkenaan adalah membabitkan Program Ibadah Korban Kelompok.
“Program Korban Kelompok akan dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang setakat ini masih dalam perancangan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM HARGAI KOMITMEN PETUGAS PILIHAN RAYA, INGATKAN MEDIA JAGA KESELAMATAN
MACHAP 14 November - Pengorbanan petugas keselamatan serta pengamal media yang mula berkampung seawal jam 7.30 pagi di pusat-pusat membuang...
PRN MACAM HARI RAYA, RAZALE LENGKAP BERBAJU MELAYU DAN TANJAK
MERLIMAU 14 November - Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Merlimau tampil dengan kelainan apabila seorang pengundi hadir...
βSAYA RASA SUDAH DEWASAβ JARI BERDAKWAT, TERUJA UNDI KALI PERTAMA
AYER MOLEK 14 November - Pengalaman pertama kali mengundi bukan sahaja mencetuskan keterujaan, malah menjadi kenangan manis buat seorang gadis...
CUACA BAIK, PENGUNDI DUN AYER MOLEK DISARAN KELUAR AWAL
AYER MOLEK 14 November - Pengundi khususnya N.18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek disaran supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing...
BERKAIN PELIKAT, BERTENGKOLOK TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
DUYONG, 14 November β Penampilan unik seorang warga emas yang hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan berkain pelikat dan bertengkolok...
PAGAR BELUM DIBUKA, KADHI MATHI TIBA AWAL SEMANGAT MAHU TUNAI TANGGUNGJAWAB
PAYA RUMPUT 14 November β Ketika pagar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput masih berkunci, K Kandhi Mathi, 69,...
