24 mahasiswa UTeM ditauliahkan Leftenan Muda

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

DURIAN TUNGGAL 24 Nov – Seramai 24 mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima pentauliahan Leftenan Muda (PA) di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-12 tahun 2021, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Muhammad Hakimi Mohamad Zafridin,25, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dianugerahkan Pegawai Kadet Kor SISPA Terbaik UTeM 2021.

Muhammad Hakimi merupakan Presiden Kor SISPA UTeM bagi sesi 2018/2019 banyak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di peringkat universiti dan negeri Melaka.

Beliau pernah menyertai anggota sukarelawan Pertahanan Awam di Pusat Kawalan Operasi Daerah Melaka Tengah dan pernah bertugas di Pusat Pemindahan Sementara banjir di Melaka, baru-baru ini.

MUHAMMAD Hakimi menerima anugerahkan Pegawai Kadet Kor SISPA Terbaik UTeM 2021, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor SISPA UTeM, Penolong Persuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim berkata, keterlibatan diri dalam KOR SISPA salah satu platform tepat dan membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

“Melalui platform ini kita berjaya melahirkan modal insan yang terlatih dan berdisiplin. Mahasiswa UTeM digalakkan terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan.

“Ini termasuklah melalui sokongan pelbagai pihak menerusi program berbentuk khidmat komuniti, kemasyarakatan, badan beruniform dan sebagainya,” katanya pada majlis tersebut yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Pada masa sama Zulkifilie turut mengucapkan tahniah buat 23 lagi mahasiswa UTeM yang berjaya menamatkan dan ditauliahkan sebagai Leftnenan Muda Pertahanan Awam.

Majlis tersebut diadakan secara dalam talian di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing atau gabungan antara IPT dengan kapasiti minimum mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM Malaysia, Kpj. (PA) Datuk Roslan Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Ppj. (PA) Ghazali Abd Rahman dan lain-lain kenamaan.

Majlis anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini mendapat kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekali gus menganugerahkan 870 Pegawai Kadet KOR SISPA daripada 24 IPT dan satu Institusi Pendidikan Guru (IPG).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1244
Kongsi :
Previous post Keputusan permohonan eGTukar akan dikeluarkan pada 6 Dis
Next post KPPK sasar eksport perabot kayu cecah RM24 bilion tahun depan – Zuraida
Ubah saiz-+=