
Muhyiddin ajak umat Islam luang banyak masa baca, fahami inti pati al-Quran
KUALA LUMPUR 29 April. – Bersempena Nuzul al-Quran 1442 Hijrah hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam meluangkan lebih banyak masa membaca dan memahami inti pati al-Quran yang antara lain menyarankan amal soleh.
Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung dalam peristiwa itu dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
“al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan kepada umat Islam. al-Quran merupakan sumber ilmu, hidayah serta panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia.
“Membaca, mengamal dan menyebarkan kandungan al-Quran untuk manfaat manusia adalah tanda kita mencintai al-Quran,” katanya.
Tarikh 17 Ramadan adalah hari Nuzul al-Quran, iaitu hari memperingati peristiwa kitab suci bagi umat Islam diturunkan kepada umat manusia.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mendoakan semoga umat Islam di negara ini khasnya dan di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
