280 peladang, penternak lapor kerugian akibat banjir

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

KOTA MELAKA 4 Julai- Seramai 280 peladang dan penternak di negeri ini yang terjejas susulan bencana banjir tampil membuat aduan sehingga April lalu.

EXCO Pertanian dan Asas Tani Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat jumlah sebenar kerugian itu kerana ia masih di peringkat penialaian.

Beliau berkata, mereka yang terjejas perlu hadir ke Pejabat Pertanian Daerah untuk membuat laporan jumlah kerugian dialami.

“Setakat April kita sudah terima dari 280 orang pengadu termasuk peladang dan penternak. Anggaran kerugian tidak dapat diberikan kerana ianya masih dibuka untuk mereka tampil membuat laporan.

“Ini kerana kadang-kadang orang ini hendak tampil buat laporan ke jabatan pertanian agak lambat jadi kita masih tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha Peringkat Kota Melaka yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Menurut Abdul Razak, pihaknya turut mengingatkan agar mereka yang terkesan membuat tuntutan yang munasabah dengan kerugian yang dialami.

“Kalau diikutkan tuntutan banyak, kadang-kadang ada juga yang buat tuntutan tidak munasabah ada yang tuntut antara RM15,000 sehingga RM28,000.

“Contohnya pertanian hanya 0.4 hektar ubi kayu tetapi tuntutan dibuat mencecah RM28,000. Tetapi apa pun penilaian dibuat oleh kementerian mereka akan turun,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas berkata, seramai 1,800 penerima layak menerima sumbangan Hari Raya Aidiladha merangkumi lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Melaka.

“Untuk hari ini seramai 250 yang hadir dan selebihnya kita akan kreditkan terus ke akaun penerima.

“Ini usaha murni dari MAIM atas kejayaan Pusat Zakat Melaka yang dapat memungut kutipan zakat dengan penambahan sebanyak lebih RM5 juta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1054
Kongsi :
Previous post MAIM tingkatkan bantuan zakat, bantu tampung kos sara hidup
Next post Seorang jemaah haji meninggal dunia – Idris
Ubah saiz-+=