Sorting by

×

30 ODP bersihkan Makam Hang Tuah

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

PANTAI KUNDOR 23 September – Seramai 30 Orang Diparol (ODP) menjalani akitiviti kemasyarakatan menerusi program gotong-rotong membersihkan kawasan Makam Hang Tuah, Tanjung Kling, di sini, semalam.

Program anjuran Jabatan Penjara Malaysia Melaka itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp); Balai Polis Tanjung Kling serta masyarakat setempat.

Turut terlibat dalam aktiviti berkenaan, seramai 33 kadet koreksional daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, aktiviti itu diadakan sempena Bulan Malaysia Sihat selain menerapkan aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan ODP sebelum dibebaskan.

“Selain menanam sifat cintakan kebersihan, kita juga memupuk kecintaan terhadap alam sekitar, selain memberi ruang kepada ODP untuk berbakti kepada masyarakat supaya usaha mereka diterima dalam kalangan komuniti.

“Di peringkat Japerun Pantai Kundor, kami sentiasa mengalakkan program seumpama ini bagi merapatkan hubungan antara jabatan dan agensi serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong-royong Perdana Bersama YB Pantai Kundor dan Orang Diparol (ODP) di Makam Hang Tuah, Tanjung Kling, di sini.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 19.02.28
TUMINAH bersama peserta Program Gotong-royong Perdana Bersama YB Pantai Kundor dan Orang Diparol (ODP) di Makam Hang Tuah, Tanjung Kling.

Hadir sama, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Datuk Roslan Mohamed dan Komandan Institut Koreksional Malaysia (IKoM), Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd Zaidi Alias.

Tuminah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, dengan adanya program seumpama itu, masyarakat dapat membantu Kerajaan Negeri memelihara warisan sejarah yang ada di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1108
Kongsi :
Previous post Waspada cuaca buruk hingga November
Next post Melaka sasar 700,000 pengunjung muzium tahun ini
Ubah saiz-+=