3,000 pekerjaan menanti pencari kerja Julai ini

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 25 Jun – Lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada pencari kerja menerusi Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka CareerTrans 2024 pada 13 dan 14 Julai ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah itu sebanyak 10 peratus peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang kurang upaya (OKU).

“Kali ini kita bawa sebanyak 35 syarikat terdiri daripada pelbagai industri dalam dan luar Melaka berbanding tahun sebelumnya hanya 30 syarikat.

“Karnival ini akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang menyasarkan kira-kira 5,000 pengunjung pelbagai kategori umur.

“Antara mengambil bahagian nanti adalah Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media promosi awal Karnival Kerjaya MyFuturejobs Melaka Careertrans 2024 di pejabatnya di Seri Negeri, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah PERKESO Melaka, Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata penganjuran karnival seumpama itu merupakan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tidak ada individu keciciran daripada ditawarkan peluang pekerjaan.

“Setakat 17 Mei lalu menerusi portal MYFutureJobs Melaka sebanyak 8,215 jawatan kosong ditawarkan, manakala pencari kerja direkodkan adalah seramai 5,722 orang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

715
Kongsi :
Previous post Permainan ‘RPG’ ilham empayar Kesultanan Melayu Melaka bakal jadi fenomena
Next post Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri
Ubah saiz-+=