318 projek dilaksanakan di Masjid Tanah tahun lalu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 3 November – Sebanyak 318 projek bernilai lebih RM23 juta berjaya disiapkan di dalam Parlimen Masjid Tanah sepanjang tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, semua projek berkenaan telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

“Manakala sepanjang tahun 2022 ini, direkodkan sebanyak 183 projek telah dilaksanakan di Parlimen Masjid Tanah. Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sahaja 36 projek dengan nilai lebih RM2.2 juta dilaksanakan.

“Diharapkan agar kejayaan pelaksanaan projek-projek ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta mencapai obektif sebenar pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Pemantauan Projek Negeri Oleh YAB Ketua Menteri dan Program Komuniti Perikanan DUN Ayer Limau Bersama Pejabat Perikanan Negeri Melaka di Pangkalan Nelayan Paya Lebar, di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, pada program sama turut diadakan Promosi Jom Makan Ikan Air Tawar bagi menggalakkan penduduk menjadikan produk itu sebagai hidangan makanan utama.

“Mengikut Rekod Jabatan Perikanan 90 peratus pengusaha akuakultur di Negeri Melaka adalah dalam kalangan penternak ikan air tawar. Namun tahap penerimaan pengguna terhadap produk berkenaan masih rendah.

“Sehubungan itu, jabatan memainkan peranan untuk menganjurkan kempen dan promosi Jom Makan Ikan Air Tawar bagi menggalakkan orang ramai dan pengusaha restoran menghidangkan masakan ikan air tawar,” katanya.

Pada program sama Sulaiman turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memasak udang galah yang juga sebahagian daripada usaha mempromosikan produk air tawar Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1858
Kongsi :
Previous post Teroka produk pelancongan di Alor Gajah dan Jasin – KM
Next post PRU15: Polis Perak kenal pasti Bagan Datuk, Larut, Tambun sebagai lokasi ‘panas’
Ubah saiz-+=