
33 unit pondok Tahfiz Al-Imaniyah musnah terbakar
KUANTAN, 24 Julai – Kira-kira 33 unit pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah di Kampung Darat, Jalan Sungai Ular, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan berikutan pondok tahfiz itu tidak berpenghuni kerana difahamkan penghuninya sedang bercuti.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.39 pagi sebelum 16 anggota dan pegawai bersama-sama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Indera Mahkota digerakan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata sejurus tiba api masih marak di premis yang menempatkan kira-kira 100 unit pondok kayu itu dan kedudukan pondok yang rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.
“Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada 10.29 pagi dan lebih 30 unit pondok musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
MELAKA PANTAU PERKEMBANGAN JEREBU, TIMBANG PEMBENIHAN AWAN JIKA KEADAAN MAKIN TERUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Kerajaan Negeri akan membincangkan langkah lanjut bagi menangani keadaan jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara...
MELAKA SASAR 5,000 PROGRAM KRT TAHUN INI
TANJUNG BIDARA 16 September - Sebanyak 5,000 program membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disasarkan akan dilaksanakan di seluruh Melaka sepanjang...
PUSINGAN U BERTINGKAT JIMATKAN MASA PERJALANAN LEBIH 40 MINIT – KM
TANJUNG BIDARA 16 September - Projek pusingan U bertingkat (elevated U-turn) di Jalan Cheng kini dalam proses penilaian oleh Kementerian...
KEJAYAAN PERTAMA NUR AWADAH SELEPAS LIMA TAHUN DALAM DUNIA PIDATO
AYER KEROH 16 September – Tempoh persediaan singkat tidak menghalang Nur Awadah Mohamad Adli, 14, melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai...
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...
