
35 ekor kambing mati dalam kebakaran
IPOH, 21 Mac – Sebanyak 35 ekor kambing yang diternak dalam sebuah kandang di Taman Temara, Pasir Putih di sini mati akibat kebakaran tengah malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Pegawai Bomba Kanan II Rozaidee Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira 12.30 tengah malam.
“Kebakaran membabitkan kandang kambing kelas C dan tiada individu terlibat.
“Terdapat 57 ekor kambing di dalam kandang itu dengan 35 daripadanya mati manakala bakinya berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebakaran memusnahkan hampir 50 peratus kandang itu dan operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada 1.30 pagi.
Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM RAI KEJAYAAN GRADUAN ANAK MELAKA DI MESIR
AYER KEROH 4 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada graduan anak Melaka di...
PRN MELAKA: ‘AYER MOLEK SATU HATI’ JADI SLOGAN RIDHWAN
AYER MOLEK 4 November - Kesepakatan dan semangat bekerja sebagai satu pasukan menjadi pendekatan jentera Barisan Nasional (BN) di DUN...
ANGKATAN SIBER ATM BEROPERASI MENJELANG 2030
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan menyasarkan penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang keempat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat direalisasikan...
PRN MELAKA: PESANAN ‘ORANG LAMA’ BUAT YB HELMY
DUYONG 4 November - Pengalaman dan khidmat calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy...
KEMENTERIAN PERTAHANAN LAKSANA 28 PROJEK JIWA MURNI DI MELAKA
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan melaksanakan sebanyak 28 projek menerusi Program Jiwa Murni (PJM) MADANI di Melaka dengan...
PRN MELAKA: DARI DUNIA KESIHATAN KE DUNIA RAKYAT, LANGKAH BAHARU RIDZUAN DI BUKIT KATIL
AYER MOLEK 4 November - Selepas hampir dua dekad menabur bakti sebagai penjawat awam di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka,...
