
35 kawasan di Melaka terjejas akibat ribut
MELAKA 12 Ogos – Akibat ribut dan hujan lebat yang melanda negeri ini semalam, sebanyak 33 kawasan dalam Daerah Melaka Tengah terjejas.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, selain Melaka Tengah, dua kawasan di Daerah Alor Gajah iaitu Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru dan Kampung Telok Gong turut terjejas.
Beliau berkata, ekoran daripada itu beberapa premis perniagaan, kediaman turut mengalami kerosakan akibat bahagian bumbung dan struktur diterbangkan angin serta pokok tumbang.
“Beberapa rumah antaranya di Taman Seri Mangga, Taman Tanjung Minyak, Jalan Batu Berendam dan Kampung Bakar Batu rosak akibat dihempap pokok.
“Selain itu turut terjejas adalah di Taman Malim Jaya, Taman MGBM, Klinik Desa Batu Berendam, Taman Melaka Baru, Jalan Cheng dan Pulau Gadong (Lebuh AMJ),” katanya.
Beliau berkata, hujan lebat dikatakan bermula jam 9 pagi menyebabkan banyak kes pokok tumbang serta menghempap rumah.
“Kerja pembersihan pokok tumbang sudah dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak siang tadi (semalam).
“Selain itu kita turut melakukan pemantauan di kawasan terjejas bagi memastikan aktiviti penduduk sekitar berjalan seperti biasa,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...

