36 tahun saksi perkembangan TVET negara

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 25 Oktober – Berpengalaman selama 36 tahun dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melayakkan Datuk Ts. Mohlis Jaafar menerima Anugerah Tokoh Akademia TVET.

Penghargaan diterima melayakkan bapa kepada enam anak ini membawa pulang wang RM7,000, piala, baucar buku dan ipad.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berusia 67 tahun itu berkata, meskipun sudah tujuh tahun bersara, namun keringat dan jasanya berbalas dengan anugerah yang diterimanya.

“Alhamdulillah dan syukur kerana diberikan anugerah tokoh ini oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

“Saya bertugas lebih 36 tahun di dalam TVET ini dan melihat pelbagai perkembangan tentang TVET dari tahun 1980 sehinggalah bersara pada 2016.

“Sepanjang tempoh itu saya dapat lihat daripada 10 politeknik jumlahnya bertambah kepada 29 politeknik dan bidang pengajian TVET diperluaskan lagi menerusi penubuhan kolej komuniti pada tahun 2000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Berkongsi pengalaman kerjaya dalam bidang itu, Mohlis menganggap TVET seperti sebuah enjin untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Saya amat bertuah kerana terlibat dalam bidang ini. Selama saya bekerja dalam bidang ini semuanya mencukupi, tetapi anugerah ini adalah satu bonus untuk saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

984
Kongsi :
Previous post Raih pendapatan lumayan hasil jual telur itik
Next post Bas rempuh treler: Pemandu maut, 6 penumpang cedera
Ubah saiz-+=