
Kajang 8 Ogos – Dua anggota polis lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya ketika melakukan operasi samseng jalanan di sini, hari ini, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini memaklum kedua-dua mangsa adalah anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Katanya, kejadian 1.30 pagi itu berlaku semasa anggota trafik berpangkat Sarjan menunggang motosikal dari arah Kajang ke Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian dia bertembung dengan motosikal ditunggang anggota polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 berpangkat Konstabel.
“Kedua-dua mangsa sedang bersama-sama melakukan tugas Operasi Samseng Jalanan dengan mengejar suspek lumba haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata,lokasi kejadian adalah laluan yang sering digunakan oleh samseng jalanan untuk berlumba.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...

