400 DELEGASI BERHIMPUN DI MELAKA, LIMA ACARA BERLANGSUNG SERENTAK

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Melaka julung kali terpilih menjadi tuan rumah acara peringkat antarabangsa bagi Program Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (AMCA) Ke-11 dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata program tersebut dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Katanya, program tersebut akan membabitkan 10 menteri, 10 pegawai kanan kebudayaan dan kesenian ASEAN, tiga rakan dialog dari Jepun, Korea Selatan dan China.

“Bagi program ini dijangka seramai 400 orang termasuk delegasi mewakili Malaysia akan berkampung di Melaka selama enam hari.

“Lebih menarik lagi, pada 24 Oktober depan di Dataran Pengkalan Rama akan berlangsung Makan Malam Gala AMCA dan ASEAN Festival of Arts (AFA) yang mana akan membabitkan lebih 150 artis kebudayaan dari negara-negara anggota ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media International Cultural and Arts Festival@Sungai Melaka (ICAF) 2024 di Kota Cemerlang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Sa’ari Basiron.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata ICAF 2024 pula akan diadakan pada 21 hingga 27 Oktober di Dataran Pengkalan Rama.

Jelasnya, program tersebit merupakan kombinasi penganjuran beberapa acara utama seperti Malam Gala AMCA dan AFA, Festival Sungai Melaka, Festival Seni Selat Melaka dan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (CIOFF).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

315
Kongsi :
Previous post MUAFAKAT TINGKAT KECEMERLANGAN ANAK-ANAK LENDU
Next post DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024 BUKA TIRAI
Ubah saiz-+=