
41 calon SPM 2020 di Macang, positif COVID-19
KOTA BHARU 15 Feb. – Sembilan hari menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, seramai 41 calon di sebuah sekolah asrama di Machang, dekat sini, disahkan positif COVID-19.
Mengikut laporan Harian Metro semalam, semua pelajar terbabit kini ditempatkan di pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif virus itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin dilapor berkata, kes calon SPM berkenaan adalah kontak kepada Kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
“Kita masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak.
“Kluster Pangkal Changgong adalah kluster membabitkan sebuah pusat pengajian di Pangkal Changgong dan tiga daerah terkesan dengan kluster itu setakat ini,” katanya.
Difahamkan, kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan.
Sehingga kini, kluster berkenaan sudah merekodkan 56 kes positif COVID-19.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berhubung perkembangan COVID-19 dilapor berkata 88 kes positif direkodkan di Kelantan semalam.
Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 3,999 kes setakat ini.
Views:
Related


Berita Lain
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
SKM SASAR LEBIH BANYAK KOPERASI BAHARU DARI SEKTOR PELANCONGAN DAN BELIA
AYER KEROH 1 April - Koperasi melibatkan berkaitan pelancongan dan dikendalikan oleh golongan belia amat disarankan supaya mendaftarkan perniagaan masing-masing...
SPM 2025: KECACATAN FIZIKAL TIDAK HALANG ANAK ORANG ASLI RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG
MELAKA, 31 Mac - Kecacatan fizikal pada bahagian kiri badan sejak lahir tidak menjadi penghalang kepada pelajar Orang Asli Nur...
MELAKA PERUNTUK RM1.2 JUTA LAKSANA PROGRAM PUPUK PERPADUAN RAKYAT
MELAKA, 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
