450 peserta berentap di Melaka Culinary Challenge 2023

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Jun – Seramai 450 peserta tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023 berlangsung selama tiga hari bermula pada semalam.

Pengerusi Persatuan Cef Melaka, Rizwandy Perin berkata, program bertaraf antarabangsa itu mendapat pengiktirafan diiktiraf daripada ‘World Association of Chefs’ Societies’ (WACS) dan ‘Professional Culinaire Association’ (PCA).

Katanya, peserta yang mengambil bahagian akan diadili oleh 50 juri profesional dari Malaysia, Itali dan Thailand.

“Cabaran berakhir Ahad ini membabitkan 28 kategori antaranya masakan tradisional Melaka, hidangan moden, dekorasi kek, ukiran ais dan buah-buahan.

“Kali ini tahap cabaran ditingkatkan kerana kita menyediakan kota hitam mengandungi bahan rahsia dan peserta perlu siapkan hidangan berdasarkan apa yang disediakan.

“Kali ini juga peserta perlu merancang atau menyediakan hidangan berdasarkan kaum di Negeri Melaka, contoh Baba dan Nyonya atau Chetti,” katanya.

Rizwandy berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Melaka Culinary Challenge 2023 yang disempurnakan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan di The Shore Shopping Gallery..

Menurut Rizwandy, selain menghimpunkan cef, penganjuran pertandingan itu juga bertujuan untuk merancakkan kembali industri perhotelan khususnya di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1832
Kongsi :
Previous post Kayuhan edisi sulung LTdIPT bermula hari ini
Next post Mahligai tersembunyi dalam ceruk kampung
Ubah saiz-+=