E-sukan Kampus Yodoo peringkat kebangsaan: Team Revenge UTeM raih tempat ketiga
DURIAN TUNGGAL 30 Julai – Team Revenge Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersaing hebat sekali gus meraih tempat ketiga kejohanan e-Sukan Kampus Yodoo peringkat kebangsaan, baru-baru ini.
Kejohanan atas talian itu membawa pasukan UTeM berentap bersama pasukan-pasukan ternama dari Institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kalangan juara zon masing-masing dari Borneo, Zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan diwakili UTeM.
Pasukan UTeM dianggotai enam ahli terdiri daripada Muhammad Ilyas Azahir, Muhamad Aqrimi Firdaus Mohd Fazli, Muhammad Afnan Mohd Kamarul Ariff, Darren Lim Jia Shern.
Selain Muhammad Luqman Hakim Ahmad Nizam, Muhamad Haziq Haikal Kamarudin dan penasihat pasukan Pegawai belia dan Sukan Kanan UTeM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi.
Pengarah Pusat Sukan UTeM, Prof Madya Dr. Mohd Sanusi Azmi berkata, kemenangan itu berjaya menewaskan UPSI Uprising dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mata 3-0 dan melayakkan mereka menduduki tempat ketiga.
“Kemenangan itu melayakkan pelajar tahun tiga jurusan diploma UTeM ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,500,” katanya.
Kejohanan kejohanan e-Sukan Kampus Yodoo 2020 merupakan anjuran bersama Media Prima Digital dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Views:
Related
Berita Lain
ANAK MUDA TERUJA INISIATIF W.R.U.R
KUALA LINGGI 14 Januari - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025 nyata memberi impak kepada...
5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
KUALA LINGGI 14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu....
NAIK TARAF STADIUM HOKI BUKIT SERINDIT BERMULA JULAI
DUYONG 14 Januari - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bakal dinaik taraf membabitkan kos RM5 juta....
MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Inisiatif Kerajaan Negeri yang akan meneruskan kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada...
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...