5 tan abu al-Quran dilupus di laut

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PANTAI KUNDOR 28 Ogos – Sebanyak lima tan abu al-Quran telah dilupuskan di laut mengikut tatacara yang betul oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), semalam.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata, program pemuliaan al-Quran itu itu telah mendapat kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Beruas.

Katanya, program yang diadakan secara tahunan bermula tahun 2017 itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat islam di Melaka berhubung kepentingan memuliakan al-Quran.

Selain itu, katanya, ia juga dapat memberi pendedahan mengenai kaedah pelupusan al-Quran yang betul di samping menjaga kesucian al-Quran.

“Ia juga adalah selaras dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-30 yang bersidang pada 22 ogos 1992 yang memutuskan bahawa al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.

“Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.

“Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada urusetia atau majlis dan jabatan agama islam negeri-negeri serta dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemuliaan Kalamullah di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Che Sukri menyeru kepada orang ramai agar terus bersama-sama memuliakan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dengan mempelajari, menyebar dan seterusnya memahami serta mempraktikkan segala ajaran-Nya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1258
Kongsi :
Previous post ‘Pelaburan’ suburkan syiar Islam – KM
Next post Ikan pari Tambak Klebang bawa tuah menang RM25,000
Ubah saiz-+=