
500 Jalur Gemilang hiasi Felda Hutan Percha
MACHAP JAYA 23 Ogos – Lebih 500 Jalur Gemilang digunakan untuk menghias pintu gerbang dan sekitar jalan masuk utama ke Felda Hutan Percha, bersempena bulan kemerdekaan kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Hutan Percha, Nizam Baharom berkata, usaha itu dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk felda terbabit.
Katanya, perkara itu adalah sebahagian usaha menyemarakkan lagi semangat cintakan negara, sekali gus menyuntik semangat untuk menyambut kemerdekaan ke-65 31 Ogos nanti.
“Setiap tahun kita sambut hari kemerdekaan negara dan setiap tahun juga kita akan adakan kelainan dengan perhiasan berbeza menggunakan Jalur Gemilang.
“Tahun ini antara yang menarik adalah hiasan Jalur Gemilang yang digunakan pada tugu, lorong atau blok rumah pemimpin selepas pintu gerbang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, kesemua bendera yang digunakan sebagai hiasan disumbangkan oleh pihak felda, JPKK dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam komuniti itu.
“Kita harap, selepas dua tahun pergerakan terbatas akibat pandemik COVID-19, kemerdekaan pada tahun ini akan memberi makna kepada semua warga Machap Jaya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR TVET BANGGA PILIH BIDANG KEMAHIRAN, YAKIN MASA DEPAN LEBIH CERAH
TANJUNG BIDARA 5 November - Persepsi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin positif meningkatkan keyakinan...
PENERIMAAN POSITIF PENGUNDI SUNTIK SEMANGAT CALON BN REMBIA
REMBIA 5 November - Penerimaan positif masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terhadap calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara...
PRN MELAKA: EMPAT FELDA KUBU KUAT BN DI ALOR GAJAH
REMBIA 5 November - Empat kawasan Felda dalam Parlimen Alor Gajah dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mampu...
PRN MELAKA: ‘ABANG HAKIM’ MAHU SEGARKAN LAGI WAJAH PEKAN MASJID TANAH
LENDU 5 November - Kebersihan, keceriaan dan penambahbaikan landskap Pekan Masjid Tanah bakal menjadi antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: ACIK ZUL TAK JANJI YANG ‘BOMBASTIK’ TAPI JANJI REALISTIK
TABOH NANING 5 November - Penyandang kerusi N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin merancang pembangunan...
PRN MELAKA: 80 PERATUS ISU BANJIR DUN AYER LIMAU BERJAYA DITANGANI – HAMEED
AYER LIMAU 5 November - Lebih 600 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau terjejas akibat banjir besar...
