78 anggota 3 Divisyen di empat negeri terima suntikan dos pertama hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SUNGAI UDANG 8 Mac. – Seramai 759 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kawasan Tanggungjawab 3 Divisyen di empat negeri termasuk Melaka menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech setakat ini.

Panglima 3 Divisyen (3 Div), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, mereka sebahagian daripada 42,120 anggota ATM yang bakal menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau berkata, suntikan itu dibuat secara berperingkat bagi mengutamakan mengutamakan petugas barisan hadapan.

MUHAMMAD FAUZI disuntik vaksin Pfizer-BioNTech.

“Untuk hari ini sahaja tambahan seramai 78 anggota kita menerima suntikan vaksin ini melibatkan seluruh kawasan 3 Divisyen iaitu Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

“Manakala di Kem Terendak Melaka seramai 42 anggota menerima suntikan vaksin pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MHI selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di 94 Hospital ATM Kem Terendak, hari ini.

Jelasnya, proses vaksinasi diberi keutamaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam Op Penawar.

“Ia bagi mereka yang terlibat dalam sekatan jalan raya bersama pihak polis dan mereka yang terlibat Op Benteng.

“Selepas ini ia akan diberikan kepada anggota lain secara berperingkat dan kita jangkakan untuk warga ATM dan warga keseluruhan 3 Divisyen yang ada di empat negeri ini akan selesai tahun depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post MBMB kumpul 393 kilogram minyak masak terpakai
Next post Keluarga ‘hantu’ diberkas polis
Ubah saiz-+=