ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

MACHAP JAYA 2 Oktober – Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem menerusi ziarah kasih sepanjang tempoh beliau bergelar wakil rakyat.

Menurutnya, program ziarah kasih akan terus diperkasakan sebagai antara pendekatan mendekati masyarakat secara bersemuka, khususnya dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan tidak terlepas daripada perhatian.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, kunjungan secara langsung membolehkan pihaknya melihat sendiri keadaan penduduk selain mendapatkan maklumat berkaitan keperluan mereka untuk tindakan susulan dan disalurkan kepada agensi berkaitan.

“Menerusi ziarah kasih, kita bukan sahaja datang menyampaikan bantuan tetapi yang lebih penting adalah bertanya khabar dan memastikan kebajikan penduduk sentiasa diberi perhatian.

“Apabila kita turun sendiri ke lapangan, kita dapat melihat keadaan sebenar dan mendengar terus daripada penduduk mengenai keperluan mereka.

“Boleh saya katakan sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat sebelum ini lebih 800 rumah sudah dikunjungi malah terbaharu kita luangkan masa menyantuni 10 lagi keluarga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Hee Sem, pendekatan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan yang berdepan kesukaran tidak berasa terpinggir.

“Ini juga menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan hubungan dengan masyarakat sentiasa dekat dan mereka tahu bahawa masih ada pihak yang mengambil berat mengenai keadaan mereka.

“Malah menerusi ziarah kasih, kita dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan dengan menghubungkan mereka kepada agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan dan kemudahan yang sewajarnya mengikut keperluan,” katanya.

Terdahulu, Hee Sem meluangkan masa menyantuni 10 keluarga diuji dengan masalah kesihatan di Tebong Stesen dan Kuala Sungga selain itu turut disampaikan kit makanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

369
Kongsi :
Previous post TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM