662 pesakit sedang menerima rawatan di PKRC MITC

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 3 Jun – Seramai 662 pesakit COVID-19 sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) daripada jumlah kumulatif 1,713 kes di Melaka setakat semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PKRC yang mula beroperasi pada 21 Mei lalu menggunakan dua dewan di MITC dengan mengasingkan 313 pesakit lelaki di Dewan A dengan kapasiti 575 katil manakala 349 pesakit wanita ditempatkan di Dewan B yang dilengkapi 915 katil.

PENGARAH APM Melaka, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra.

“Setakat hari ini jumlah pesakit discaj semasa adalah seramai 247 orang dari angka kumulatifnya seramai 994 orang.

“Selain itu sebanyak 82 kemasukan baharu dan 34 daripadanya adalah angka kumulatif bagi pesakit yang memerlukan rujukan di hospital.

“Kuantiti terkini kemasukan stok alatan pelindung diri (PPE) dan barang keselamatan telah dikemaskini dengan baik dan PKRC Melaka kini telah dibantu seramai 205 kakitangan barisan hadapan dan sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sesi wawancara secara langsung bersama petugas barisan hadapan menerusi Google Meet di pejabatnya, hari ini.

Sesi wawancara itu turut diserta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan timbalannya, Datuk Mastura Mohd Yazid dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

482
Kongsi :
Previous post PEMERKASA Tambahan: ATM bina enam hospital medan- Ismail Sabri
Next post Sesak di PPV Dewan Tun Ali kerana ‘pengiring’ lebih ramai daripada penerima vaksin
Ubah saiz-+=