80 peratus sektor awam, 40 peratus sektor swasta ‘work from home’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PUTRAJAYA 22 Mei – Kerajaan memutuskan jumlah kakitangan awam yang bekerja di rumah sebanyak 80 peratus manakala kakitangan swasta kira-kira 40 peratus bagi mengehadkan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia menjadikan kira-kira 8 juta rakyat di negara ini bagi kedua-dua sektor itu tidak perlu keluar bekerja dalam tempoh PKP 3.0 sekali gus membantu kerajaan mengawal pergerakan orang ramai.

Katanya, 80 peratus atau kira-kira 750,000 kakitangan awam itu dikehendaki bekerja dari rumah manakala selebihnya dibenarkan bertugas di pejabat.

“Perincian mengenai jabatan mana yang perlu bekerja dan yang perlu tinggal di rumah akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya pada sidang media harian bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi sektor swasta sebanyak 40 peratus atau kita-kita 6.1 juta pekerja dalam sektor swasta perlu bekerja di rumah.

“Perincian mengenai sektor swasta akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Ini bermakna kalau dikira hampir 8 juta pekerja tidak perlu keluar bekerja sama ada sektor perkilangan atau pejabat kerajaan,” katanya.

“Kita percaya melalui pendekatan SOP ini, kita boleh mengawal lengkungan dengan syarat rakyat mesti bersama kerajaan untuk sama-sama melandaikan lengkungan COVID-19,” katannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post Unit bom Bukit Aman dipanggil siasat insiden letupan di Kampung Sireh
Next post Operasi perniagaan dihadkan sehingga 8 malam, farmasi 10 malam
Ubah saiz-+=