
85,700 calon SPM hadapi peperiksaan sesi kedua
BUKIT KATIL 29 Mac – Seramai 85,700 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan sesi kedua bermula 5 Apr hingga 19 Mei ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah calon itu adalah 21.1 peratus daripada keseluruhan calon SPM di seluruh negara bagi tahun 2021.
Katanya, semua pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan fasa kedua berdasarkan subjek yang tidak diambil dengan alasan tertentu.
“Seramai 85,700 calon atau 21.1 peratus akan menduduki sesi kedua. Ini tidak bermakna mereka menduduki semua kertas, ada kertas tertentu akan diduduki disebabkan sama ada mereka dikuarantin atau terkesan banjir atau sebab tertentu yang telah disahkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan.
“Mereka akan mula menduduki peperiksaan sesi kedua pada 5 April sehingga 19 mei ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan SPM Tahun 2021 di Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu di sini hari ini.
Katanya, bagi negeri Melaka seramai 3,407 atau 25.9 peratus daripada keseluruhan calon SPM di negeri Melaka akan menduduki peperiksaan fasa kedua itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
