9 lokasi di MPHTJ dilengkapi CCTV

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 26 Julai – Sebanyak sembilan lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, pemasangan itu merupakan antara usaha awal pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam menjayakan Inisiatif Bandar Selamat.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti bagi pemasangan CCTV itu ialah Dataran Sejarah Ayer Keroh, Zoo Melaka, Taman Botanikal dan Urban Reforestation Sungai Putat.

“Selain itu, pemasangan (CCTV) itu turut membabitkan Taman Ayer Keroh Height, Tasik Ayer Keroh dan Pasar Borong MPHTJ, Batu Berendam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Peringkat MPHTJ Bulan Julai anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Unit Pusat Setempat pada Selasa.

Dalam pada itu, Sapiah turut memaklumkan pihaknya kini juga sedang mempergiatkan pelaksanaan projek penyediaan laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 62 meter di sekitar Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Selain itu, katanya, turut dilaksanakan ialah pemasangan 10 unit papan tanda keselamatan di kawasan Ayer Keroh dan Batu Berendam.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1057
Kongsi :
Previous post Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di LPT2
Next post Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud
Ubah saiz-+=