
90 PERATUS SELESA BERURUSAN DENGAN MPHTJ SECARA ‘ONLINE’
AYER KEROH 19 Januari – Hampir 90 peratus penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kini memilih untuk membuat pembayaran bil secara digital menggunakan Kios Bayaran MPHTJ atau aplikasi dalam talian.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, inisiatif ini mendapat sambutan hangat kerana memudahkan penduduk membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter.
“Majoriti penduduk dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya kini lebih selesa menggunakan kaedah digital berbanding datang ke pejabat.
“Mereka boleh membayar bil dengan mudah dan pantas dari rumah melalui aplikasi seperti MPHTJ Pay, PBT Pay dan Melaka Pay,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Amanat Tahun 2026 di Kompleks Melaka Mall yang disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin, 15 Januari lalu.
Menurut Sapiah, hanya sekitar 10 peratus penduduk, terutama warga emas, masih kurang arif dengan teknologi digital.
“Kaunter tetap dibuka untuk pembayaran tunai bagi memastikan tiada sesiapa tercicir daripada kemudahan ini,β katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
