
Sasar 100 peratus sekolah di Melaka tubuh Kelab Rukun Negara
MACHAP JAYA 27 Oktober – Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka, mensasarkan semua sekolah di negeri ini menubuhkan Kelab Rukun Negara (KRN) pada tahun hadapan.
Pengarahnya, Intan Suhana Yusuff berkata, langkah itu perlu bagi memastikan penghayatan nilai perpaduan dan memahami konsep Rukun Negara diterapkan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar sekolah.
Intan Suhana berkata, setakat tahun ini sebanyak 256 atau 70 peratus sekolah di Negeri Melaka sudah menubuhkan KRN seperti yang disarankan oleh kerajaan.
“Melihat kepada impak positif penubuhan KRN kami menggalakkan kelab ini ditubuhkan di semua sekolah, kami akan merangka pelbagai program yang bermanfaat buat ahli.
“Kami akan berbincang bersama Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berhubung perkara ini. Mulai tahun hadapan kami akan bergerak terus ke depan menerusi kerjasama pelbagai agensi terutama Jabatan Pendidikan Negeri bagi memastikan hasrat ini tercapai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kem Kami Anak Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MATTA FAIR MELAKA 2026 REKOD JUALAN LEBIH RM8 JUTA
BANDARAYA MELAKA 5 Mei - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka berjaya mengutip jualan lebih RM8 juta pada...
WRUR AYER MOLEK: PESAKIT BUAH PINGGANG TERHARU MASIH ADA YANG SAYANG
AYER MOLEK 5 April - Nasib golongan kurang berkemampuan terus mendapat perhatian menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang...
MELAKA KAJI TUBUH PUSAT JAGAAN WARGA EMAS MENJELANG 2030
AYER MOLEK 5 Mei - Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terperinci bagi menilai keperluan penubuhan Pusat Jagaan Warga Emas di...
KEREPEK PISANG NANGKA BAWA REZEKI TAK DISANGKA
ASAHAN 5 Mei - Daripada memasak untuk hidangan sendiri dan keluarga, seorang warga emas dari Felcra Desa Mesra Perdana tidak...
HARI ADUAN RAKYAT: FOKUS SELESAI ISU TELEKOMUNIKASI, TANGANI ‘BLIND SPOT’
AYER MOLEK 5 Mei - Hari Aduan Rakyat (HAR) menjadi platform penting dalam menyelesaikan isu telekomunikasi, khususnya membabitkan kawasan 'blind...
PERPUSTAKAAN KOMUNITI SRI KANDANG CETUS GELOMBANG ILMU
AYER MOLEK 5 Mei - Pembukaan Perpustakaan Komuniti Sri Kandang sempena program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
