
Tiada unsur jenayah dikesan kes lelaki mati dalam tahanan – Bukit Aman
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata bedah siasat lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 4.20 petang Jumaat dan ujian pengesanan COVID-19 si mati adalah negatif.
“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.
“Lelaki itu ditahan Khamis lepas di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kira-kira 3.30 pagi Jumaat, anggota yang bertugas mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan meniarap serta tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan segera dihubungi untuk mendapat rawatan lanjut.
“Pada 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit dan mengesahkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: RIDHWAN PERGIAT KEMPEN SAAT AKHIR, SANTUNI HAMPIR SEMUA LOKALITI AYER MOLEK
AYER MOLEK 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN INKLUSIF, TIDAK PINGGIR MANA-MANA KAUM DAN AGAMA
PENGKALAN BATU 12 November - Manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 60 ‘GENG TOW TRUCK’ BERI SOKONGAN KEPADA GELOMBANG BIRU
BANDARAYA MELAKA 12 November - Kira-kira 60 trak tunda (tow truck) hadir memberikan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN CUKUP DEKAT DI HATI RAKYAT MELAKA
PENGKALAN BATU 12 November - Sasaran menarik pelaburan bernilai RM30 bilion, mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan baharu dan membina 25,000 Rumah...
PRN MELAKA: ‘BIRU PEKAT, BIRU CERAH’ KETEPI PERBEZAAN, BN-PN BERGERAK SEPASUKAN
PENGKALAN BATU 12 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengetepikan perbezaan politik lampau dengan menggabungkan kekuatan menerusi...
PRN MELAKA: BN HARGAI PERANAN KIMMA GERAK SOKONGAN INDIA MUSLIM
PENGKALAN BATU 12 November - Hubungan lebih 30 tahun antara Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan UMNO terus diperkukuh apabila...
