
Kemalangan babitkan dua lori, MPV sebabkan kesesakan teruk
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata kejadian kira-kira 1 pagi itu membabitkan dua lori iaitu membawa mentega dan barangan sejuk beku selain MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki empat pelancong warga asing.
“Siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua lori terbabit dari arah utara sedang dalam perjalanan menghala ke Johor dan apabila tiba di lokasi, dipercayai kenderaan dipandu oleh lelaki berusia 30 dan 32 tahun itu telah bergesel.
“Ia menyebabkan kedua mereka hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Jamil berkata manakala MPV yang dipandu lelaki berusia 34 tahun yang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kedua-dua lori terbabit.
Katanya kesemua mangsa dalam kemalangan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
PEMBINAAN JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG BERMULA SEPTEMBER
KLEBANG 19 Ogos - Kerja pembinaan Jambatan Stulang Daeng-Pulau Gadong dijangka dimulakan awal September depan, dengan proses awal pengalihan utiliti dan...
AMBANG MERDEKA SEMARAKKAN WRUR TABOH NANING
AYER KEROH 19 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini bakal menjadi antara pengisian menarik memeriahkan pelaksanaan Program...
KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH
AYER KEROH 19 Ogos - Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor...
