Melaka ArtPeX 2.0 gamit 800 pengunjung ke PMM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MERLIMAU 17 November – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) membudayakan aktiviti kesenian dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat menerusi Program Melaka Art, Performance And Exhibition 2.0 (Melaka ArtPeX 2.0) baru-baru ini.

Atas sambutan menggalakkan, penganjuran hasil usaha pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Acara (EvCrew Event Planner), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMM itu kini diiktiraf sebagai salah satu program peringat negeri.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata program seumpama itu menggalakkan kehadiran pengunjung, sekali gus dapat memperkasakan industri pelancongan domestik sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Lebih 800 orang termasuk pelajar dan orang awam turut serta dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran pendidikan, produk pelancongan, persembahan kesenian, seni mempertahankan diri, muzik tradisional, tarian dan gerai jualan.

“Kita berharap program ini dapat menyemai minat dan kecintaan masyarakat, khususnya dalam kalangan anak muda, supaya mengenali selain menghargai seni serta budaya tanah air.

“Melalui festival ini, semangat perpaduan, persefahaman dan saling menghormati antara kaum juga dapat diwujudkan, seterusnya menjadi amalan masyarakat, terutama di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zaidi memaklumkan program itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada penggiat seni kreatif sempena ‘Night Of Melaka Art PeX 2 (NOMA2.0) .

“Kumpulan Astana Seni PMM dan tarian India PMM tidak ketinggalan dalam menampilkan persembahan istimewa yang menampakkan keunikan kebudayaan.

“Saya harap program seumpama ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1437
Kongsi :
Previous post Penubuhan JPSM martabat sistem perundangan syariah negara
Next post Kemalangan babitkan dua lori, MPV sebabkan kesesakan teruk
Ubah saiz-+=