
Pesara tentera rugi RM125,000 diperdaya ‘phone scam’
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 40-an itu menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, SabtuΒ lepas yang mendakwa daripada Pos Laju Kuala Lumpur kerana terdapat bungkusan yang tidak dituntut.
“MangsaΒ dimaklumkan beliau mempunyai barang terlarang seperti kad pengenalan dan kad kredit yang menyebabkan bungkusan itu disita oleh kastam.
“PanggilanΒ itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan mangsaΒ telah bercakap dengan ‘Sarjan Suraya’ untuk membuat laporan sebelum dimaklumkanΒ kesnyaΒ akan diambil alih oleh ‘Inspektor Dani’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arshad berkata mangsa kemudian turutΒ dimaklumkan bahawaΒ dia telah terlibat dalam kegiatan dadah dan pengubahan wang haram.
Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepadaΒ peringkat tertinggi untuk membuat aduan dan rayuan selain mangsaΒ turut dimaklumkan semakan terhadapΒ akaun banknya perlu dibuat danΒ akan merujuk perkara berkenaanΒ kepada Bank Negara.
“MangsaΒ telah diminta membuat bayaran untuk siasatan dan pembersihan dana. MangsaΒ telah melakukan transaksi wang simpanan persaraannya secara berperingkat pada SabtuΒ dan AhadΒ lepas iaitu sebanyak tiga kali ke dalam dua akaun bank suspek hingga berjumlah RM125,000.
“Mangsa telah menghubungi IPK Pulau Pinang untuk membuat semakan dan mahu bercakap dengan Sarjan Suraya dan Inspektor Dani, namun pengadu dimaklumkan bahawa dirinya telah ditipu dalam urusan berkenaan,” katanya.
Arshad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


