
Sulaiman mengadap TYT
AYER KEROH 11 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali sebentar tadi telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di pejabat TYT, Seri Negeri.
Sulaiman menerusi catatan di Facebook rasminya menyebut, menerusi pertemuan tersebut, beliau telah berkongsi perkembangan semasa kerajaan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pertemuan ini memberi peluang kepada saya berkongsikan perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka khususnya dalam tempoh yang berkuatkuasa sehingga 6 Disember ini.
“Terima kasih Tuan Yang Terutama Tun kerana sudi menerima kehadiran saya,” jelasnya.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.
Views:
Related

Berita Lain
RINDU MASAKAN SARAWAK, ROHADATUL BINA PERNIAGAAN AYAM MADU BORNEO DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Bermula dengan kerinduan dan mengidam untuk menjamah ayam madu Borneo mendorong Rohadatul Atsy Abdullah, 45,...
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
PRN MELAKA: ‘BUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRI’ – AB RAUF
AYER KEROH 23 Oktober – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai...
1,500 PEGAWAI, ANGGOTA TAMBAHAN BANTU POLIS MELAKA SEPANJANG PRN
AYER KEROH 23 Oktober - Seramai 1,500 pegawai dan anggota polis dari luar kontinjen Melaka akan ditugaskan sepanjang Pilihan Raya...
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, 300 MASYARAKAT INDIA ASAHAN DISANTUNI
ASAHAN 23 Oktober - Kira-kira 300 masyarakat India khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan...
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...

