
Polis tahan 201 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1.5 juta
KOTA BHARU, 25 Disember – Polis menahan 201 individu dan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM1.5 juta menerusi Op Tapis Bersepadu di negeri ini bermula 21 Dis hingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby berkata kesemua ditahan berusia lingkungan 18 hingga 68 tahun dengan dadah dirampas antaranya ialah pil yaba, ganja, syabu, pil psikotropik, Erimin 5 dan kodein.
“Dua lelaki berusia 29 dan 36 tahun antara ditahan kerana memiliki 2,000 biji pil kuda berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor, di sini, kira-kira 5 petang semalam.
“Hasil penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Padang Embon, Pasir Mas dan menemukan 30,000 biji pil kuda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Ali berkata pil kuda yang dirampas dalam kedua-dua serbuan berjumlah 32,000 biji dianggar bernilai RM197,230.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu negatif terhadap dadah, namun seorang daripadanya memiliki dua rekod berkaitan dadah.
“Kedua-duanya direman hingga 31 Dis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘MUAFAKAT MELAKA’ JADI PENYATUAN PN, BN DAN NGO
BUKIT KATIL 30 Oktober - Muafakat Melaka yang dilancarkan bagi menyatukan kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BUKAN IGAUAN, KEMENANGAN PN-BN DALAM JANGKAUAN – AHMAD SAMSURI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai peluang yang mampu dicapai dalam...
PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) bersetuju memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri...
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari...
PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon daripada enam kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya...
