
Penjual buah didakwa bunuh kekasih
KLANG, 27 Dis – Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, dua minggu lepas.
Khoo Choon Heng, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Khoo didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini pada 1 petang, 18 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili peguam Sharonpal Singh.
Sebelum ini media melaporkan seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di Klang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN
BUKIT KATIL 6 November – Penyelesaian isu banjir kilat dan penyelenggaraan longkang antara fokus calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA : KERJASAMA BN-PN SATU RAHMAT BUAT MELAKA – AB RAUF
BUKIT KATIL 6 November – Persefahaman dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai perkembangan membanggakan,...
PRN MELAKA: ASAHAN SEJAHTERA SATUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
ASAHAN 6 November - Memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum ibarat sebuah keluarga menjadi antara teras pendekatan Asahan...
PRN MELAKA: UMNO MAHU PASTIKAN PAS DAPAT MANDAT RAKYAT DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 6 November - Atas dasar keikhlasan dan perpaduan, jentera Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO akan memastikan kemenangan calon...
PRN MELAKA: BN-PN SASAR RAMPAS SEMULA DUN AYER KEROH, BUKIT KATIL – AB RAUF
BUKIT KATIL 6 November - Kerjasama strategik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu diterjemahkan kepada kemenangan, khususnya...
JENTERA PERLU GANDAKAN GERAK KERJA, PASTIKAN KEMENANGAN CALON BAHARU
GADEK 6 November - Jentera Barisan Nasional (BN) terutamanya di N.07 Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek perlu memperhebatkan gerak kerja...
